Kelas STEM – Pull the Car

14 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Pull the Car yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Dalam kelas ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Pull the Car. Sebelum aktiviti pemasangan bermula, para peserta diberi penerangan tentang cara melaksanakan aktiviti. Ssterusnya, peserta diminta untuk bekerjasama dalam memasang komponen kereta yang telah disediakan. Di akhir aktiviti, peserta berjaya memasang komponen kereta dengan betul dan kereta tersebut mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali